Friday, 12 July 2013

Ramadhan Tips


Salam Ramadhan to all my Muslim friends!

 

Alhamdulillah sekali lagi kita dipanjangkan usia oleh Allah s.w.t untuk bertemu dengan bulan yang pernuh barakah, penuh nikmat dan rezeki yang berganda2 dari Allah swt iaitu bulan RAMADHAN pada tahun ini.

Apakah pengertian Ramadhan?
Bulan Ramadhan adalah bulan yang suci, bulan yang penuh dengan hikmah, hidayah, dan bulan yang menjadi dambaan bagi umat Nabi Muhammad s.a.w. Sepanjang bulan ini, kita disarankan untuk melakukan banyak amal ibadah. 

Surah Al-Baqarah(2:185)

2:185

The month of Ramadhan [is that] in which was revealed the Qur'an, a guidance for the people and clear proofs of guidance and criterion. So whoever sights [the new moon of] the month, let him fast it; and whoever is ill or on a journey - then an equal number of other days. Allah intends for you ease and does not intend for you hardship and [wants] for you to complete the period and to glorify Allah for that [to] which He has guided you; and perhaps you will be grateful.
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
 
Here are some tips I’d love to share with all of you
 
Tips Kekal Sihat Sepanjang Ramadhan =)
  1. Sahur - sekurang-kurangnya segelas air dan sebiji kurma 
    (Segelas susu dan kurma akan menambahkan tenaga dalam badan kita)
  2. Mandi selepas sahur, sebelum azan Subuh - banyak fadhilat mandi sebelum subuh salah satunya, badan kita akan menjadi lebih sihat dan segar serta saraf-saraf otak akan menjadi lebih aktif untuk kita berkerja. Kulit kita juga akan menjadi lembut, halus, cantik dan menawan ;)
  3. Qailullah (Tidur seketika sebelum Zuhur) - tidur juga merupakan ibadah di bulan Ramadhan ini 
    Tidur camni laa kalo kat office =p
  4. Membaca - membaca adalah jambatan ilmu, bacalah sumber bacaan yang mendatangkan faedah atau lebih bagus lagi, bacalah Al-Quran

  5. Beriadah - melakukan aktiviti-aktiviti yang ringan untuk mengeluarkan sedikit peluh. Janganlah sampai memudaratkan 
*will share more in my other entry, in shaa Allah
  
I also received SMSes from my friends, 10 kesalahan paling HIT ketika Ramadhan…heheh
 
Here goes: 
  1. Tidak sahur – puasa orang yahudi dan orang Islam sama sahaja, kecuali puasa orang Islam ada sahur. Bersahurlah walau dengan segelas air kosong. 
  2. Sahur terlalu awal – Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu Supper. 
  3. Terlebih tidur – lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan serta otak menjadi lemah. Tidur boleh dianggap sebagai ibadah tetapi kalau dah lama sangat itu, 'bedebah'...hehe 
  4. Berbuka secara buffet sampai senak dan buncit – berbuka secara berlebih-lebihan. Sehingga terlepas waktu Maghrib. Ada juga solat Maghrib dan sambung selepas solat sehingga lewat malam. Tarawih pon  lepas. 
    Jangan sampai tercabut butang camni tau! Boleh dielakkan berlaku seperti ini dengan memakai Premium Beautiful corset. Untuk lelaki pakai waist nipper yea =)
  5. MemBAZAAR sehingga memBAZIR – lapar mata. Setiap makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang. Nak kata syaitan menghasut supaya berboros, syaitan dah kena ikat. 
  6. Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan – bulan Ramadhan yang lebih dimuliakan oleh Allah bukannya Syawal. Syaitan di ikat pada bulan ramadhan dan dibebaskan pada 1 Syawal =p 
  7. Solat tarawih tapi tak qiamullail pada Lailatul Qadar – Nabi kadang2 meninggalkan tarawih dan bersungguh2 beribadah pada 10 malam terakhir Ramadhan untuk mendapatkan Lailatul Qadar. Pahalanya lebih dari 1000 bulan. 
  8. Puasa tapi tak solat – masyaAllah. Pahala puasanya ditolak oleh Allah. Pending kot. 
  9. Sibuk beribadah, lupa cari ilmu – bulan Ramadhan juga bulan ilmu. Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ilmu akan membawa kita sampai ke Syurga. 
  10. Gagal upgrade iman selepas melalui Ramadhan – back to normal lifestyle. Same je. Ibarat dah harung sungai yang bersih dan jernih, tapi kotoran dibadan sengaja tak dibersihkan.


Wallahualam =)


Love lots!
Aienn Latifi 
017-2944382


No comments:

Post a Comment