Monday, 17 October 2011

Miskin Bandar

This article i took frm my leader, Hanis Haizi's page...

"Petikan daripada akhbar Utusan Malaysia, 26/12/2009 –
Wilayah Kota


RM3000 Ke Bawah Kategori Miskin Bandar – RMK 10
Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar
mencadangkan supaya mereka yang berpendapatan RM3,000
ke bawah dapat dikategorikan sebagai miskin bandar di bawah
Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).


Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata,
langkah itu perlu dilakukan memandangkan kategori miskin
bandar tidak boleh disamakan dengan definisi miskin yang
diguna pakai di bawah sistem data kemiskinan e-Kasih
sekarang.

Katanya, justeru definisi baru miskin bandar ini akan
membolehkan lebih ramai warga kota mendapat pelbagai
bantuan kerajaan sejajar dengan hasrat mewujudkan
kesejahteraan bandar.

”Namun harus ada perincian lanjut pada maksud pendapatan
bawah RM3,000. Maksudnya bukan semua yang
berpendapatan bawah RM3,000 layak.

”Sebaliknya kita tengoklah berapa orang anak dan perkara-
perkara lain sebelum boleh kata orang itu tergolong dalam
miskin bandar,” katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan
Hari Krismas anjuran Parti Progresif Penduduk (PPP) di sini
hari ini.

Sementara itu, Raja Nong Chik berkata, antara perkara paling
pokok berhubung bantuan yang akan diberikan kepada
mereka yang tergolong dalam miskin bandar ialah soal
perumahan.

Sehubungan itu katanya, beliau yakin kerajaan akan memberi
lebih peruntukan pada aspek itu yang akan diperbesarkan lagi
di bawah RMK-10 selain bantuan-bantuan lain yang akan
diteruskan seperti unit saham amanah.

”Menjadi hasrat kerajaan supaya lebih ramai masyarakat
bandar yang dikategorikan miskin bandar dapat menerima
manfaat bantuan kerajaan. Jadi di sinilah tugas utama
kementerian untuk mempertingkatkan lagi jumlah mereka yang
layak menerimanya.”
”Sebelum ini tak ramai yang dapat kerana rujukan adalah pada
e-Kasih tetapi untuk RMK-10 dengan bermula tahun 2011,
asas-asas definisi miskin bandar akan diubah sama seperti
yang pernah disuarakan Perdana Menteri,” jelasnya.

Adakah kita dalam kategori ini?

Tepuk dada tanya... 3 years ago kami dalam kategori ini...
sangat malu, dulu rasa dah cukup tapi percayalah dengan
keadaan sekarang... barang semua dah jadi mahal..minyak
naik.. cost of living very high... we hardly survive.

Rezeki Allah luas, dan kita sendiri tahu 9/10 rezeki datang
daripada perniagaan. Yang penting kita perlu USAHA. Dan
rezeki takkan datang bergolek-golek... dia datang dalam
bentuk PELUANG

But for some people...
Ok la cukup pada apa yang ada, RM3000 tu more than
enough ( yes tu kalau seorang dua)

If kita dalam kategori ini, apa yang kita nak buat? Do nothing
or just wondering ape nak jadi pada nasib diri...or kita nak
naikkan taraf ekonomi keluarga?

Think about it!!"


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Post a Comment